Selamat Datang – Anjung Sayang Chalet & Homestay

Video Pengenalan

 
Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman web kami. Sudahkah anda menonton video di atas ?

Adakah anda sedang mencari tempat penginapan yang murah, selesa, tenteram dan berbaloi untuk percutian keluarga ?

Anjung Sayang Chalet &Β Homestay merupakan antara pilihan terbaik sebagai tempat penginapan sepanjang percutian anda di Pantai Puteri Melaka.

PenginapanΒ kami yang terletak di kawasan perkampungan yang tenteram hanya memerlukan 1-2 minit perjalanan kaki ke kawasan pantai.

Anda hanya perlukan 30 saatΒ – 2 minit perjalanan untuk menikmati Roti John & Ayam Golek yang legend di Melaka.

Untuk menunaikan fardhu solat, jarak Surau Pengkalan Perigi hanya perlukan 2 minit berjalan kaki sahaja.

Kawasan ini juga berhampiran dengan Makam Hang Tuah, Masjid Tertua Tanjong Kling, Rumah Tradisional Melayu Melaka, Perkampungan Nelayan Hailam, dan hanya 12 KM ke kawasan bandar.

Sila lihat blog post kami “Lokasi Menarik di Melaka“.

Anjung Sayang menyediakan 2 jenis penginapan di Pantai Puteri Melaka.

Iaitu penginapan chalet & penginapan Β homestay.


Jenis Penginapan

Penginapan-Chalet-Pantai-Puteri

Sila Klik

Sila Klik

Sila Klik

Chalet Anjung Sayang

Chalet Anjung Sayang Pantai Puteri Melaka telah mula beroperasi sejak awal tahun 2014.

Pembinaan chalet ini telah bermula pada awal bulan Ogos 2013 dengan permulaan hanya 3 chalet dan kini bilangan chalet sudah meningkat kepada 6 buah.

Terdapat sebuah chalet yang baru siap dibina pada awal tahun ini (2017) berhampiran persisiran pantai.

Chalet-chalet ini dibina bukan sahaja untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah malah ia turut menyediakan penginapan yang murah dan selesa selaras dengan peningkatan pelancong tempatan yang melawat Pantai Puteri Melaka.
Sabtu, Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah RM120/malam

Hari Bekerja RM100/malam
πŸ‘ WIFI Percuma
πŸ‘ Program Astro Percuma
πŸ‘ Peti Sejuk
πŸ‘ Berhawa Dingin
πŸ‘ Alatan BBQ
πŸ‘ Tempat Letak Kenderaan Berpagar


Homestay Anjung Sayang (1 Bilik)

Anjung Sayang memiliki tiga buah homestay.

Homestay satu bilik ini telah siap dibina pada awal tahun 2017. Kesemua homestay mempunyai ruang tamu, dapur dan tandas.

Homestay ini dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan isi rumah seperti set TV, dapur dan gas memasak, perabot, katil dan lain-lain.

Terletak di tepi pantai, suasana kampung yang sunyi, tenteram dan sangat sesuai untuk percutian bajet keluarga.
Semua Jenis Hari RM 200 / malam
πŸ‘ 1 Bilik Dewasa
πŸ‘ 1 Katil Bertingkat
πŸ‘ Dapur & Gas Memasak
πŸ‘ Mesin Basuh
πŸ‘ WIFI Percuma
πŸ‘ Program Astro Percuma
πŸ‘ Peti Sejuk
πŸ‘ Berhawa Dingin
πŸ‘ Alatan BBQ
πŸ‘ Tempat Letak Kenderaan Berpagar


Homestay Anjung Sayang ( 2 Bilik )

Anjung Sayang memiliki dua buah homestay berbilik dua.

Salah sebuah homestay ini telah siap dibina pada awal tahun 2016. Manakala yang lagi satu bakal siap pada awal May 2017.

Kesemua homestay mempunyai ruang tamu, dapur dan tandas.

Homestay ini dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan isi rumah seperti set TV, dapur dan gas memasak, perabot, katil dan lain-lain.

Terletak di tepi pantai, suasana kampung yang sunyi, tenteram dan sangat sesuai untuk percutian bajet keluarga.
Semua Jenis Hari RM 230 @ RM 250 / malam
πŸ‘ 2 Bilik Dewasa
πŸ‘ 4 Buah Katil
πŸ‘ Dapur & Gas Memasak
πŸ‘ Mesin Basuh
πŸ‘ WIFI Percuma
πŸ‘ Program Astro Percuma
πŸ‘ Peti Sejuk
πŸ‘ Berhawa Dingin
πŸ‘ Alatan BBQ
πŸ‘ Tempat Letak Kenderaan Berpagar


Lokasi Kami


Respon Pelanggan


Cara Tempahan

Hubungi En Mazlan terlebih dahulu di talian

06-3510570 / 011-1535 8674 / 013-6300 853

Deposit RM 50 ke akaun

Mazlan bin Mohd Amin
1040 1209 3574