Lokasi Menarik Melaka Rugi Tak Lawat











Negeri Melaka, salah satu dari empat belas negeri dalam Malaysia, terletak di Barat Daya Semenanjung Malaysia mengadap Selat Melaka bersempadan dengan Negeri Sembilan di Utara dan Johor di Selatan.

Keluasan Melaka adalah 1,650 kilometer persegi dan ianya dibahagikan kepada tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Kini Melaka dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah, Melaka Darul Azim atau Negeri Hang Tuah. Melaka telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage).

Terdapat terlalu banyak tempat menarik di Melaka, kita boleh melakukan pelbagai aktiviti di Melaka selain melawat tempat-tempat bersejarah.

List Tempat Menarik di Melaka:

  1. A’ Famosa Resort
  2. Bandar Hilir Melaka
  3. Kampung Morten
  4. Jasin Natural Mineral Hot Springs
  5. Muzium Kapal Selam
  6. Melaka Upside Down House
  7. Freeport A’Famosa Outlet Village
  8. The Pirate Adventure Melaka
  9. Australia Village
  10. Street Art Melaka
  11. The Shore Sky Tower

1. A’ Famosa Resort

A’ Famosa Resort atau A’Famosa Golf Resort terletak tidak jauh dari salah satu pintu masuk ke daerah Alor Gajah, Melaka iaitu melalui Persimpangan Plaza Tol Simpang Ampat, Lebuhraya Utara Selatan.

Namanya diambil sempena kota bersejarah A Famosa, peningggalan Portugis.

A Famosa Resort ini merupakan salah satu rangkaian hotel yang terdapat di Daerah Alor Gajah dan turut menawarkan pelabagai kemudahan rekreasi, hiburan, sukan kepada pengunjungnya. Direka oleh pereka terkemuka Ross C.Watson.

Ia dilakar dengan mengambil kelebihan pada mukabentuk semulajadi yang ada membuatkannya sangat unik- dengan pembuatan tasik, tumbuhan tropika dan landskap yang sangat cantik.

A Famosa Resort menawarkan rangakaian kemudahan penginapan seperti hotel, kondotel dan banglo. Resort yang dilengkapi dengan padang golf 27 lubang ini turut menyedikan pelbagai kemudahan lain seperti kolam memancing, restoran, dewan banquet, bilik seminar, karaoke, kedai-kedai cenderhati, kereta kuda, keretapi, basikal dan sebagainya untuk keselesaan para pengunjung.

Lokasi yang menjadi tarikan pengunjung ialah Water World, Animal Safari, Cowboy Town, Golf dan Kelab Micro Light.

Laman web : http://www.afamosa.com

Lokasi Gmaphttps://goo.gl/maps/zUq5xbRTQ792

Hubungi A’Famosa :

A’FAMOSA RESORT
Jalan Kemus, Simpang Empat
78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Tel: 06-552 0888

Kuala Lumpur Sales & Reservation Office :
Level 18, Menara Safuan, No. 80 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 03-2781 8888


2. Bandar Hilir Melaka

Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka

Terdapat tidak kurang 10 lokasi menarik di pusat Warisan Dunia UNESCO ini. Antaranya ialah

  1. Pelbagai jenis muzium boleh dilawati seperti Muzium Kebudayaan, Muzium Maritim, Muzium Baba & Nyonya, Muzium Cheng Ho, Muzium Negeri Melaka, Muzium Permata Cina, Muzium Senia Bina, Muzium Kesasteraan Melayu, Muzium Islam, Muzium Stamp dll.
  2. Menara Taming Sari
  3. Porta De Santiago (A Famosa)
  4. Bukit St Paul
  5. Kota Merah Belanda (Stadthuys)
  6. Malacca River Cruise
  7. Jonker Street
  8. Dataran Pahlawan
  9. Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka
  10. Memorial Pengistiharan Kemerdekaan

 

 

 

 

 


3. Kampung Morten

Pemandangan Pada Malam Hari Kg Morten Kampung Morten

Kampung Morten merupakan sebuah perkampungan tradisional satu-satunya terletak di tengah-tengah Bandaraya Melaka, dimana rata-rata penduduknya adalah kaum Melayu.
Kampung ini dianggap sebagai muzium hidup memandangkan ramai penduduknya masih mengamalkan cara hidup yang tidak banyak berubah dan banyak mempamerkan keunikan rekabentuk rekaan rumah mereka.

Perkampungan ini dinamakan sempena nama J.F Morten , pesuruhjaya Tanah apabila suruhanjaya tersebut ditubuhkan pada awal 1920-an. Morten telah memainkan peranan untuk membina perkampungan ini, yang dahulunya hanya merupakan sebuah kawasan paya.

Keunikan perkampungan itu jika dilihat dari udara, ianya dikelilingi Sungai Melaka yang kini semakin popular, selain menjadi tarikan pelancongan dalam dan luar negara, sekali gus merupakan produk pelancongan utama di negeri Hang Tuah yang penuh bersejarah itu.

Menjejaki Kampung Morten buat pertama kali menjanjikan satu pengalaman indah kepada setiap pengunjung yang datang ke perkampungan tradisional itu yang rata-ratanya kaum Melayu.

Masakan tidak, pengunjung akan dapat melihat kesemua rumah yang jumlahnya hampir 200 buah, tersusun dalam bentuk tradisi sama ada dari segi bentuk bumbung, tangga, hiasan dalaman selain cara menghias.

Rumah-rumah ini dinamakan sebagai Villa Sentosa yang menyimpan pelbagai barangan tradisional yang digunakan oleh masyarakat melayu di zaman penjajahan.

Bagi mereka yang ingin melihat dengan lebih dekat sekililing kampung itu juga boleh menaiki bot ‘Melaka River Cruise’ (MRC) menyusuri Sungai Melaka dan menikmati panorama kekampungan di sekitarnya.

Lokasi : https://goo.gl/maps/CP1rhDQriwQ2

Waktu Operasi Villa Sentosa
Setiap hari : 9am – 5pm (tutup 1pm – 2pm)
Jumaat : 2.45pm – 5pm


4. Jasin Hotsprings

Kolam Air Panas Jasin atau Jasin Hot Springs Recreational Park terletak di Bembam Jasin Melaka.

Laman Webhttp://www.jasinhotsprings.com/

Harga Tiket : Kanak-kanak : RM 4.00 , Dewasa RM 6.00

Waktu Operasi :

Setiap Hari : 9pagi – 2 pagi

Lokasi : https://goo.gl/maps/p9qNpoNv8Wp


5. Muzium Kapal Selam

Tempat menarik di Melaka yang terbaru adalah Muzium Kapal Selam. Ia nya adalah kapal selam yang sebenar.

Kapal selam ini diberi nama “SMD Ouessant Agosta 70”. Ia nya dari Perancis, yang dahulunya dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan merupakan tempat latihan krew yang pertama kapal selam negara ini.

Anda boleh kunjung dan belajar mengenai sejarah kapal selam di Malaysia, keadaan dalam kapal selam dan cara bagaimana mana ia beoperasi di Muzium Kapal Selam ini.

Jika anda dan keluarga ingin menambah pengalaman bagaimana suasana menginap di dalam kapal selam ini, pihak muzium Melaka juga ada menyediakan pakej bermalam di Dalam Kapal Selam.

Jumlah minima peserta ialah 25 orang dan harga ialah RM 150 seorang. Anda boleh membuat tempahan dengan menelefon pegawai PERZIM di talian 06-281 4226

Harga Tiket:
Dewasa : RM 3.00
Kanak-kanak : RM 1.00

Masa Operasi:
Hari Biasa: 09:00am – 05:30pm
Hari Hujung Minggu: 09:00am – 06:30pm

Lokasi : https://goo.gl/maps/Xa8f6fdhRcH2

Alamat:
Muzium Kapal Selam,
Dataran 1 Malaysia,
Klebang, 75200, Melaka


6. Rumah Terbalik Melaka

Lokasi : https://goo.gl/maps/DSs3u9cr8C12

Alamat:
G12 & G14,
Jalan Pm 7, Plaza Mahkota, Banda Hilir,
75000 Melaka

Masa Operasi:
Isnin – Khamis: 10:00am – 06:00pm
Jumaat – Ahad/Cuti Umum/Cuti Sekolah: 10:00am – 09:30pm

Harga Tiket:
Dewasa: RM20.00
Kanak-Kanak: RM15.00

Website: Melaka Upside Down House
Facebook: Melaka Upside Down House
Telefon: 06 – 288 3833


7. Freeport A’Famosa Outlet Village

Pada 28th November 2015, Freeport A’famosa Outlet Village telah diperkenalkan yang terletak di Alor Gajah.

Di fasa pertama nya, Freeport A’famosa Outlet Village telah menjangkau kira-kira 175,000 kaki persegi dan anda boleh membeli-belah sehingga anda puas.

Konsepnya sama seperti Johor Premium Outlet yang terlebih dahulu dibuka. Terdapat pelbagai brand menarik untuk dipilih, seperti Sacoor, G2000, Nike, Puma, Under Armour, Kickers, Focus Point, Melinda Looi dan banyak lagi! Harga-harga yang ditawarkan pun sememangnya berbaloi-baloi. Kat sini la saya beli kasut futsal Puma dengan harga RM79.00! Jadi, jika anda mencari tempat menarik di Melaka untuk shopping sakan, kat sini la tempatnya!

Dengan lebih dari 80 kedai premium yang terdapat di dalam Freeport A’famosa Outlet Village ini, ia nya akan menjadi syurga membeli-belah untuk pengunjung yang berkunjung ke Melaka yang terletak tidak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur.

Dengan permandangannya yang sangat menawan kerana struktur rekaan dan susunan bangunan nya yang ala-ala Eropah, anda akan juga dapat mengambil kesempatan ini untuk menangkap gambar sambil bersantai dan membeli-belah di kedai-kedai premium di sini.

Lokasi : Google Map

Alamat:
Freeport A’Famosa Outlet,
Jalan Kemus, Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.

Masa Operasi:
Setiap Hari: 10:00am – 10:00pm

Website: Freeport A’Famosa Outlet
Facebook: Freeport A’Famosa Outlet
Telefon: 06-552-8958


8. The Pirate Adventure Melaka

Lokasi : Google Map

Alamat:
Melaka Alive
Jalan Parameswara, Banda Hilir, Melaka(Opposite The Proclamation of Independence Memorial)
GPS: N 2.191 261 E 102.250 725

Masa Operasi:
Hari Biasa: 10:00am – 07:00pm
Hari Hujung Minggu dan cuti umum: 10:00am – 09:30pm

Harga Tiket:
Dewasa : RM20 (MyKad) & RM25.00 (Non-MyKad)
Kanak-kanak (4 – 12 Tahun): RM15.00 (MyKad) & RM20.00 (Non-MyKad)
Warga Emas (60 tahun dan ke atas): RM15.00 (MyKad) & RM25.00 (Non-MyKad)

Telefon: 012-266 9374 / 012-266 9461 / 03-7877 2828
Website: Melaka Alive Official
Facebook: Official Melaka Alive


9. Australia Village

 

Nak merasai suasana bangunan di Australia? Bolehlah singgah ke area ini, yang sebenarnya adalah homestay yang berkonsepkan Masbro Village. 

Korang bolehlah bergambar santai disini, post kat IG, FB kecoh-kecoh kat kawan, “Aku kat Australia”..haha

Lokasi : Google Map

Alamat:
Lot 291, Batu 7/12,
Jalan Paya Rumput Indah,
Taman Paya Rumput Indah,
76450 Melaka, Malaysia

Website: Masbro Village
Facebook: Masbro Village


10. Street Art Melaka

Bertempat di Sungai Melaka, di kala korang on the way nak naik bot di River Cruiser, nanti akan terlihat akan keindahan “Street Art” di sepanjang persisiran sungai.


11. The Shore Sky Tower

Kalau anda seorang yang gayat, anda memang patut datang ke tempat ini untuk menguji ketakutan anda! 🙂

The Shore Sky Tower adalah bangunan yang tertinggi di Melaka dengan ketinggian 42 tingkat iaitu 153m!

Di sini juga terdapat kafe iaitu the Sky Deli Restaurant untuk menjamu selera sambil menikmati pemandangan yang memukau ini.

Selain itu, terdapat akuarium yang penuh dengan ikan koi dan yang paling menarik, satu platform kaca lutsinar telah dibina untuk membolehkan pengunjung menguji keberanian. Saya admit cuak sikit la bila berdiri kat situ. Anda bebas mengambil selfie, wefie, theyfie dan apa-apa yang seangkatan dengannya ketika berada di sini.

Tetapi, anda tidak dibenarkan untuk mengambil gambar menggunakan kamera sendiri ketika berada di platform kaca tadi, kerana sudah ada kamera yang disediakan. Nak tangkap tu free, cuma bila nak print yang kena bayar. Apa-apa pun, ia adalah salah satu tempat menarik di Melaka yang patut dikunjungi waktu malam.

Lokasi : Google Map

Alamat: The Shore Sky Tower Sdn Bhd
Tower 1, 42 & 43F, The Shore Shopping Gallery,
193, Pinggiran @ Sungai Melaka,
Jalan Persisiran Bunga Raya,
75100 Melaka Tengah, Malaysia

Harga:
Dewasa: RM18.00
Kanak-Kanak: RM15:00

Website: The Shore Sky Tower
Facebook: The Shore Sky Tower
Telefon: 06 – 288 3833


Tempat-Tempat Menarik Lain Untuk Dikunjungi di Melaka

Kalau anda rasa tempat menarik di Melaka yang disenaraikan di atas tidak cukup, maka anda bolehlah berkunjung ke banyak lagi tempat menarik di Melaka untuk dilawati seperti berikut:

  • Dataran Keris Alor Gajah
  • Dataran Pahlawan
  • Desa Balqis, Kuala Linggi
  • Dusun D’Paradise
  • Independence Monument Museum
  • Kampung Mortem
  • Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka
  • Kota Belanda di Bukit St John
  • Malaqa House
  • Magic Art 3D Museum
  • Melaka Alive
  • Melaka Street Art
  • Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park
  • Muzium Lebah Sedunia
  • Pantai Puteri
  • Pantai Tanjung Bidara
  • Pantai Pengkalan Balak
  • Pantai Padang Kemunting
  • Pantai Klebang
  • Perigi Hang Li Po
  • Planetarium
  • Straits Chinese Jewelry Museum
  • Sungai Melaka
  • Taman Burung
  • Taman Botanikal
  • The Hut, Serkam
  • The Li Chi Mao Art Museum
  • Toy Museum Melaka
  • Villa Sentosa
  • Wildlife Theatre

Sekiranya anda perlukan sebarang panduan, klik di sini untuk melihat peta tempat menarik di Melaka di portal rasmi kerajaan negeri Melaka.

2 Responses to Lokasi Menarik Melaka Rugi Tak Lawat

  1. asc313 says:

    jjjj

Leave a Reply to asc313 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *